Haji Mohammad Razi bin Abd Rahim

BIODATA HJ. MOHAMMAD RAZI B. ABD. RAHIM; PIS., AMP., KMN.

LATAR BELAKANG

• Berusia 81 tahun, berasal dari Muar, Johor. Beristerikan Pn. Hjh. Halidah bt. Hj. Baba. Bekas Pengetua SM. Benut, Pontian, Johor. Mempunyai 4 orang anak iaitu 3 lelaki dan seorang perempuan.

• Bersekolah rendah di Sekolah Melayu Sarang Buaya Muar, kemudian ke STAR Ipoh. Tahun 1970 melanjutkan pelajaran ke Universiti Malaya dan seterusnya berkursus lanjutan di Universiti Birmingham London dalam bidang "Administrators Inspector."

• Mula menjadi guru tahun 1965 di SM. Rengit, Batu Pahat. Di ikuti Sekolah Dato' Sri Amar Di Raja, Muar (1973-1979). Selepas itu dilantik sebagai:

a. Pengetua SM. Ayer Baloi, Pontian (1980).

b. Pegawai Pendidikan Daerah Mersing (1981-1985).

c. Pengetua Sekolah Tinggi Segamat (1986).

d. Pengetua Sekolah Men. Sultan, Hj. Ahmad Shah Pekan Pahang (1986- 1993).

e. Pegawai Pendidikan Daerah Pontian (1993).

f. KPP Kurikulum Kementerian Pendidikan (1994 selama 7 bulan) dan akhirnya ke Jabatan Pendidikan Johor hingga bersara pada 18 April, 1998.

• Selama 35 tahun beliau bertugas di Kementerian Pendidikan Malaysia, telah dikurnia dengan Bintang Kebesaran dan Anugerah. Di antaranya:

a. Pingat Ibrahim Sultan (PIS), 1987, Ahli Mahkota Pahang (AMP), 1991 dan Kesatria Mangku Negara (KMN), 1997.

b. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Kementerian Pendidikan, 1986 dan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang JPN Johor, 1995.

c. Penyampai Kertas Seminar di Innotech Filipina mewakili Kementerian Pendidikan Malaysia pada 9 hingga 13.3.1987. Tajuk Kertas; "Innovation In Effective Educational Approaches To Rural Development."

ZAMAN PERSARAAN

• Belaiu telah bersara selama 26 tahun (1998-2024). Telah melibatkan diri dalam pelbagai Aktiviti Masyarakat dan Pertubuhan. Di antaranya; Pengerusi Masjid dan Surau di Daerah Kecil Rengit, Pengerusi Lembaga Pelawat Hospital Sultanah Nora Ismail Batu Pahat, Timbalan Pengerusi Persatuan Anak Yatim Batu Pahat, Pengerusi Koperasi Persatuan Pesara Pegawai Pendidikan Johor dan YDP Persatuan Pesara Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Malaysia Cawangan Johor (2007-2024).

• Sumbangan besar bersejarah yang telah beliau sumbangkan adalah kejayaan 5PMCNJ mengendalikan Mesyuarat Agung Peringkat Kebangsaan Dwi Tahunan 5PM kali ke-15 (2020-2022) pada 13 Disember, 2022 di Thistle Hotel Johor Bahru.

KURNIAAN KERAJAAN NEGERI DAN MALAYSIA SEWAKTU BERSARA

a. Pingat Lama Perkhidmatan (PLP), 1998.

b. Tokoh Guru Daerah Pontian (2000) & Negeri (2001).

c. Anugerah Tokoh Kepimpinan Persatuan Perkhidmatan (M) Negeri Johor, 2007

Pesara Pegawai

d. Johan Perpustakaan Keluarga Peringkat Kebangsaan, 2007.

e. Anugerah Keluarga Penyayang Negeri Johor, 2009

Disediakan oleh,

Tn Hj Mohammad Razi b. Abd Rahim; PIS., AMP., KMN.




No comments:

Post a Comment

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2025

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2025 Assalamualaikum dan Salam Syawal, Di kesempatan yang mulia ini, kami ingin mengucapkan Selamat Hari Raya A...